Skip to main content

Posts

Semangat Aliah

 Wahai Allah, terima kasih sebab sentiasa memberi peluang kepada aku. Wahai Allah, terima kasih kerana sentiasa menghadirkan aku orang yang baik yang membuat aku bertambah kedekatan dengan Allah. Apapun yang jadi dalam hidup aku. Aku kena kuat. Ingat aliah kita bukan orang kaya. Kita bukan anak orang senang. Waktu kita kerja ni ini adalah peluang untuk kita berkhidmat dengan keluarga. Aku tahu hang boleh. Down tu adalah perkara biasa. Tapi cepat bangkit balik. Aku tahu hang hebat. Ingat aliah dulu kita orang susah. Aku tahu nak berjaya tu tidak mudah.  Kalau jatuh 2 kali bangkit banyak kali. Aku tahu hang boleh buat. Aku percaya pada hang.
Recent posts
 Dulu hang bercita-cita nak besaq, dan sekarang hang dah besaq. Dan hang dah cantik sangat. ingat dak dulu hitam dan busuk. Sekarang ni hang dah cerah sikit dan wangi. Aku bangga sangat dengan hang aliah. Aku tau hang hebat sangat. Hang boleh siapkan kerja. Aku tau hang multi task. Tetaplah thabat niat kerana Allah. Aku tau hang boleh buat. 
Teruntuk aliah, aku tau hang hebat. Aku tau hang boleh buat. Sepanjang aku kenal hang, setelah banyak benda yang telah engkau meniti, engkau sebenarnya sangatlah hebat. Dah banyak dah benda yang hang lalui. Terima kasih aliah sebab sudi bertahan sehingga ke hari ini.  KENAPA HANG PERLU BEKERJA : 1. DAH KENA REJECT KAN PASTU TAKKAN NAK KALAH. HANG KENA JADI KAYO WOI 2. KALAU KAYA BOLEH TRAVEL INDO-SINGAPORE-UK-TURKI 3. SEBAB NAK JADI CANTIK 4. DAN NAK BAYAQ HUTANGGG 5. HUTANG DAH BEGENUAK SENARAI HUTANG -HUTANG PTPTN 18K -HUTANG KAKAK 1K (INGAT DAK DULU KAKAK TRANSFER DUIT HANTARAN) -HUTANG ABAH(INGAT DAK DULU ABAH SANGGUP TRANSFER DUIT KWSP ABAH UNTUK HG ALIA) HUTANG AISYAH (tealive) HUTANG USTAZAH LATIFAH RM100 HUTANG KAK FARAH ALYA (BUKU 25 SIFAT RASUL) HUTANG BAJU KORPORAT NAD DENGAN MAZZA BLENDER SIR SANI JANGAN LUPA BANYAKKAN SEDEKAH DEKAT KELUARGA DEKAT DARUL HIKMAH SEDEKAH AKAN SELAMATKAN KITA DI AKHIRAT ESOK
Kerjaya seorang guru pada tahun pertama sangatlah mencabar. Biarpun ombak, taufan melanda, hadapi dengan tenang. Well life not always rainbow and butterflies, it can be taufan dan tsunami. Kerjaya seorang guru tampaknya sangatlah mencabar. Ditambah dengan RPH. AKU BENCIKAN RPH. tapi apapun yang jadi, aku kena hadap jugak. Tapi tak apalah aku tahu aku boleh.  Dari kecil aku nak sangat jadi cikgu. Sekarangbila dah jadi cikgu, buat yang terbaik. Aku tahu kemampuan hang Aliah. Hang boleh

Kehidupan sebenar

Meniti usia 23 tahun tidaklah mudah, hidup ini cuma sekali. Ciptalah kenangan dengan sebanyak mungkin. Kehidupan telah mengajari saya, jangan pernah bersandarkan kepada sesiapapun melainkan Allah. Memaknai pengharapan pada Allah subhanahu wataala. Terima kasih Allah. Hakikat kehidupan, kita sedang mempersiapkan kehidupan yang kekal abadi. Apapun yang terjadi dalam hidup, buatlah yang terbaik dengan sebaik mungkin kerana Allah. Impian yang paling agung adalah melihat Allah subhanahu wataala di syurga esok

Cinta bertepuk sebelah tangan

 Ahmad Alif, lelaki yang pada pandangan pertama rasanya seperti telah saya kenal lama walhah itulah kali pertama. Saya tidak mengenali dengan baik siapakah lelaki itu. Tetapi sehingga ke hari ini, saya merasai kebersamaan dan kedekatan dengannya. Jika Nur Aliah tidak mengenal Ahmad Alif sudah semestinya, Nur Aliah menyangka Ahmad Alif adalah seorang lelaki yang berjiwa usuluddin, tampak tenang. Namun setelah mengenali dia, tampaknya jiwa syariahnya terlebih mendominasikan dirinya. Tampak tenang tetapi siapa sangka orangnya kalut juga.  Siapa sangka cinta bertepuk sebelah tangan. Walaupun pada permulaan, rasa sedih untuk menerima hakikat tetapi tidak mengapalah begitulah kehidupan. Jika tidak diterima pastilah ditolak. Adapun begitu, itulah pengalaman untuk dikenang di usia tua.tiber. ISOKAY KENA REJECT BUKAN MATI PUNNNN bak kata Abdur Rahman, adakalanya yang datang hanyalah persinggahan hati sahaja tapi kami dah buat keputusan nak jadi kawan baik ja. Tapi haritu aku sakit hati sangat,

Yang pertama

Meniti usia kedewasaan ini bukanlah suatu perkara yang mudah, kita perlu bertanggungjawab dengan setiap perkara yang telah kita putuskan. Tidak mengapa jika kita silap membuat keputusan dalam kehidupan. Itu lebih baik daripada tidak membuat apa-apa keputusan. Apalah salahnya menjadi orang yang tidak baik, tidak berguna dalam hidup. Bukankah Allah subhanahuwataala sangat mencintai orang yang bertaubat dan memperbaiki kesilapan dirinya. Hakikatnya kita hamba yang penuh dengan dosa dan noda. Berhentilah menyalahkan diri dan mulakan pembaharuan dalam diri.