Skip to main content

Yang pertama

Meniti usia kedewasaan ini bukanlah suatu perkara yang mudah, kita perlu bertanggungjawab dengan setiap perkara yang telah kita putuskan. Tidak mengapa jika kita silap membuat keputusan dalam kehidupan. Itu lebih baik daripada tidak membuat apa-apa keputusan. Apalah salahnya menjadi orang yang tidak baik, tidak berguna dalam hidup. Bukankah Allah subhanahuwataala sangat mencintai orang yang bertaubat dan memperbaiki kesilapan dirinya. Hakikatnya kita hamba yang penuh dengan dosa dan noda. Berhentilah menyalahkan diri dan mulakan pembaharuan dalam diri. 

Comments

Popular posts from this blog

Kehidupan sebenar

Meniti usia 23 tahun tidaklah mudah, hidup ini cuma sekali. Ciptalah kenangan dengan sebanyak mungkin. Kehidupan telah mengajari saya, jangan pernah bersandarkan kepada sesiapapun melainkan Allah. Memaknai pengharapan pada Allah subhanahu wataala. Terima kasih Allah. Hakikat kehidupan, kita sedang mempersiapkan kehidupan yang kekal abadi. Apapun yang terjadi dalam hidup, buatlah yang terbaik dengan sebaik mungkin kerana Allah. Impian yang paling agung adalah melihat Allah subhanahu wataala di syurga esok

Cinta bertepuk sebelah tangan

 Ahmad Alif, lelaki yang pada pandangan pertama rasanya seperti telah saya kenal lama walhah itulah kali pertama. Saya tidak mengenali dengan baik siapakah lelaki itu. Tetapi sehingga ke hari ini, saya merasai kebersamaan dan kedekatan dengannya. Jika Nur Aliah tidak mengenal Ahmad Alif sudah semestinya, Nur Aliah menyangka Ahmad Alif adalah seorang lelaki yang berjiwa usuluddin, tampak tenang. Namun setelah mengenali dia, tampaknya jiwa syariahnya terlebih mendominasikan dirinya. Tampak tenang tetapi siapa sangka orangnya kalut juga.  Siapa sangka cinta bertepuk sebelah tangan. Walaupun pada permulaan, rasa sedih untuk menerima hakikat tetapi tidak mengapalah begitulah kehidupan. Jika tidak diterima pastilah ditolak. Adapun begitu, itulah pengalaman untuk dikenang di usia tua.tiber. ISOKAY KENA REJECT BUKAN MATI PUNNNN bak kata Abdur Rahman, adakalanya yang datang hanyalah persinggahan hati sahaja tapi kami dah buat keputusan nak jadi kawan baik ja. Tapi haritu aku sakit hati...